\\ Takdir //
May 8, 2014 ★ Thursday, May 08, 2014 │
Tidak tahu salah siapa dan kenapa PERKARA tu harus terjadi lagi dan lagi.
'Takdir'
Yang pasti,
Allah maha mengetahui
Mungkin ini petanda dan kehendak yang kita sendiri mahukan? yang diulang ulang di dalam doa setiap kali solat?
Dan mungkin ini juga jawapan kepada doa doa ibu bapa, rakan dan yang mendokan
He Knows Best
Tapi,
Bila jadi macam ni
Bagaimana harus redha?
Bagaimana harus berlapang dada?
Bagaimana harus melupakan segala yang berlaku dengan mudah?
Faith
Faith
Faith
Iman
Iman
Iman
Oh Allah rendahnya tahap imanku... T.T
Mungkin yang kelihatan baik dan sempurna di mata kita
Bukan yang terbaik dan sempurna di mataNya
Kita hanya merancang merencakan dengan pengetahuan yang terbatas
Malah Allah lebih mengetahui apa yang kita manusia tidak tercapai
Sungguh sungguh terkesan dengan apa yang berlaku Selasa baru-baru ini
Dapat ditafsirkan dan disamakan dengan mimpi buruk yang sudah menjadi kenyataan
Harus akur, harus redha
tapi bagaimana mahu redha dengan cepat pantas dan efisyen? :|
Iman, Iman tak cukup kuat
Takut kepada kenyataan yang DIA lebih mengetahui
Mungkin kifarah dosa?
Mungkin juga sebagai ingatatan yang aku sudah melupaiNya dan sudah terleka dengan nikmat sementara itu?
Dengan mengutamakan apa yang seharusnya aku belakangkan
Dengan menidakkan apa yang seharusnya aku akur~
Harapan terhadap 'perkara' itu semakin berkecai, punah ranah
Apabila yang mempertahankan cuma seorang...............................
8/5/2014
2.43pm
|| Baca dan study ||
May 6, 2014 ★ Tuesday, May 06, 2014 │
Nampak sama tapi tak serupa.
Alhamdulillah, DA selesai menjawab 1st paper untuk second test.
Usaha tak sebarapa,tapi Allah bantu :')
Selalu x hampa dengaq kenyataan/pertanyaan yang macam ni?
Untunglah dah habis baca~
Dah habis baca belum?
Mesti dah baca banyak kan?
Baca setakat mana dah?
Baca buku mana?
WELL baca baca baca
Hampa taw x bahawa terdapat perbezaan antara 'baca' dan 'study'.
Kajian dan statement ini tidak lain tidak bukan dari DA sendirik haahaaaahaa
Kalau baca tu definisi DA dah habis selak buku/notes/slides dan seangkatan dengannya.
Kalau baru nak baca sekali harung, haa itu namanya baca pada DA.
So bila DA cakap,aku dah baca janganla nak gelabah bewak sangat
if u know what i mean bebehh XD
Maksud yang tersirat dari perkataan baca itu adalah= baru sudah selak menyelak buku/slides/nota -..-
BEZA dengan study...................
Konsep study buat DA, senang saja
Bila hampa dah melalui proses membaca dengan kefahaman yang jituuu.
Nak nak dah lima enam round hafal, sejibik sejibik masuk melekat dalam kepala :D
Baca -> faham -> hafal = study
Sepatutnya untuk menampakkan pertanyaan secara bijak dan berkaliber
Moleklah jika pertanyaan dari 'dah habis baca ke belum? diubah kepada dah habis study ke belum?'
Baru saiko,baru ada sinar harapan dean list
Fahamkan kenyataan DA mengenai konsep study HAHAHAHA
Dan paling (lawak) (?) bila beberapa minit lagi Exam/Test/Peksa/Kuiz
Masih ada yang bertanya dan berkata
Mesti dah habis baca kan?
Untunglah dah habis baca~
ohhh hoooo mai, nak jawab tak habis baca macam menipu hahahaha
Exam/Test/Peksa/Kuiz sekangkang kera lagi huhuhu
Maka DA dengan konpiden menjawab
'dah baca dah'
'gilo tak habis baca lagi,bek takpayah exam' hehehehe
Lagi sekali tolong fahamkan konsep baca dan study mengikut DA ye :P
Jangan nak saiko-saiko
Watlek watpeace (y)
**Menghitung hari ke Final 3rd year 2nd sem (22 May)**
Yang Benaran,
Nur Diyana Amalina
6/5/2014
1.43 pm
|| Kimia fizik dan bio antara kita ||
May 5, 2014 ★ Monday, May 05, 2014 │
Sebab ni malas nak kisah pasai belog, dah jadi ketagih nak taip hapdate segala -..- tadi time tengahari2 tadi, DA malas nak study, DA belek2 twitter, DA belek2 fb tetiba terbelek dan tersign in blogger
achanor mulalah masuk email dan juga pasword. Memula hampa jugak sebab pasword salah then setelah beberapa kali cuba, yehh bedakdak bedukkk success yo success dapat masuk blogger.com.
Perkara pertama DA buat bila masuk blogger ialah, hahahaha Update dulu ucapan alu aluan, kengkonon ada readers.Mengdeclarekan yang DA ni nak aktip semula berblog. then then post la di twitter link aku mentioned nama Najjah suruh dia baca. *mencapub gilaaaahhh . shi pun tetiba nak baca, ohh my saya rasa dihargai, saya rasa femes -..-
dan bila petang menjelma, sekarang ni haaa sekarang, DA masih lagi takdak mood nak study * sila baca as ' tengok nota dan blank'. DA kembali menglogin Fb. Konon nak ushar sat sat ja, tetiba Noor Hanisah pula g mentioned nama DA,seraya berkata :
okey based on this fb status 1) tadi DA pun gedik gedik search nama sendiri di Google. Ajaib bukan sebab mek ni pungg gogel jugek nama dia -..- *buuu tiru weh tiruuuuuu
2) kenapa kau kenapa kau, kena jumpa link blog DA? hahahah ini sumpah kebetulan yang seghonok baq hang! sebab baru beberapa jam yang lepas DA mengdeclarekan bahawasanya DA mau aktif bloggger
 |
| aku jenis tak reti tunjuk sayang , jadi aku tunjuk dalam belog ja lah XD |
See? see?watch it bebeh, Ini dikatakan kimia kami. kimia *subject yang DA takbole blah di zaman dahulu kala
lebiunisah.lebihlebihlagibilakebetulanyangsweetmacamni,hahahahahahaha
Yang benaran,
Nur Diyana Amalina
6.04 pm
IM Back, IM Back !
★ Monday, May 05, 2014 │
Assalamualaikum.
Dengan ini,Diyana Amalina men-declarekan bahawa dia mahu mengaktifkan diri dalam belog seperti dulu dulu
stay tuned stay tuned
Yang Benaran,
Nur Diyana Amalina
5/5/2014
3.59 p.m
Singkap raya saya / /
August 16, 2013 ★ Friday, August 16, 2013 │
Assalamualaikum
Raya kali ni biasa biasa saja
terjadi perkara biasa dan juga yang luar biasa
Biasa ,
Manusia mudah berubah
hati Allah yang pegang
Syukur
Masih sempat dipertemukan dengan ramadhan dan syawal
Buat kedua puluh dua kalinya
Sepanjang DA hidup di bumi Allah
Sambutan syawal biasa
Sangat biasa
Beraya rumah Amirul, Syaila, Nisak dan Rodhiah
Sikit nak mammm
Duit raya?
Alhamdulillah
Ada daripada takda
Walaupun da habis belanja
RM Lima dari mak Amirul
RM 20 dari kakak sulung
Terkilan,
Syawal yang sedikit aneh
Macam macam yang jadi
Jangan tanya
Sendiri fahami
Terkilan lagi
Kawan kawan yang selalu beraya bersama
Kali ni taksempat jumpa
Kekangan masa dan salah planning barangkali
Maaf zahir batin
aip tak habis lagi hahahahaha
Syawal kali ni walau tak meriah mana,
Ada jugak serinya
Dengan kehadiran dia dia dia dan dia
Ramai jugakk laaa
Terima kasih sudi menjengah
Lepas ni hampa mai laa lagi :'D
malas nak taip,
Diyan
Kekasih Hati
July 10, 2013 ★ Wednesday, July 10, 2013 │
Assalamualaikum wbt alhamdulillah sempat lagi bertemu ramadhan yang ke 22 buat DA. Ayuh tingkatkan amalan manfaatkan sebulan ini sehabis baik .Bulan lain pun perlu beribadah apatah lagi time bulan puasa ni. Lets grab the chance babe !
Diyan
HariMalang
July 5, 2013 ★ Friday, July 05, 2013 │
Hari yang sepatutnya jadi hari yang best nak happy2 bertukar jadi sebaliknya . Apakah kejadahnya :O
Hari yang di-plan nak jumpa kawan yang sekian lama tak jumpa, Alhamdulillah selamat jumpa mandi manda dekat titi hayun TAPI yang tak bestnya bila ondway balik rumah kena SAMAN . Ini gara gara takpakai tali pinggang keselamatan .
Sakan jugak polis trafik daerah Yan, Kedah gigih jalankan operasi kurang berapa METER keluar dari tapak Titi Hayun . RelevanNya pakcik dan makcik polis sekalian? Baru enjin kereta nak panas, alih alih ada roadblock.
Mulanya pakcik polis tu murah hati nak pejam mata ja DA takpakai tali pinggang TAPI ada sorang mamat mangkuk hayun takpuas hati kena saman cakap dekat polis yang sorang lagi 'Yang ni tak kena saman pulak'? hmmm relevannya? rezeki di tangan masing masing la brother ~ dah hang sorang kena, dah la jangan nak libatkan DA yang terselamat ni .
Pada mulanya laaaaaahhhhhhhhh yang nak terselamat , tapi lepas tu kena jugak -______-
OKEY DA REDHA*
Tak hilang lagi rasa sedih & geram kes kena saman tadi DA gerak p Gurun amik kawanbaik datang rumah. Punya lah happy mula tuu , time nak masuk simpang ke rumah beliau , mamat motor pulak langgar belakang kereta. terkejut kaget kagum semua ada time tuu :'(
Ingat DA yang salah , time tu mata memang tengah pandang signal takut takut DA yang takbagi sampai gigih sangat mamat tu cium belakang kereta .
Tengok OK ja signal semua settle . Diam DA dalam keta , sambil tu tengok jugak la budak tu mana tahu cedera . Time tu memang ingat salah diri sendiri laaa . TAPI BUKAN OKAAAAAYYYYY ! budak tu yang salah . hmpphh tak sempat nak buat papa budak tu dah blah . Nampak sangat salah . SEMOGA MOTOR BELIAU ROSAK MEMANDAI SANGAT LANGGAR LARI
terlepas di dunia, jangan lupa malaikat tengah catit
Yang panas hati,
Diyan
Wordless Wednesday
July 3, 2013 ★ Wednesday, July 03, 2013 │
Setelah sekian lama
July 2, 2013 ★ Tuesday, July 02, 2013 │
Assalamualaikum wbt , mak ai lama gila bab tak update blog. Al maklum jarang online guna pc. Sejak sejak maju ni, DA online dekat phone ja, tu pun jangan abah jeling zap zap zap ingat kita mesej boifrengg.Alhamdulillah dah masuk 2 Julai berapa hari lagi nak masuk Ramadhan yang ke dua puluh dua buat DA. Harap harap sempat sambut besday 23 July nanti heee
Since dah 3 minggu lebih cuti panjang untuk second year second sem *keling DA menghabiskan masa dekat rumah SAHAJA. minggu first cuti ada jugak try mintak kerja dekat butik pakaian semangat bagi details bagai last2 tak p pung ~ sebab segan nak p kerja sensorang plus abah cakap nak bagi gaji heee So, DA decide cuti ni mantopkan ilmu2 memasak dan tolong mama di rumah , nanti dah habis belajaq apply kerja mesti tak akan ada masa untuk dok rumah dengan mama macam sekarang ni kan? Pentingnya untuk tidak kerja buat masa sekarang as for me laaa *padahal pemalas
Result sem kali ni pun , alhamdulillah meningkat even ada juga gred yang tak berapa menepati sasaran. Mungkin usaha tak bertepatan untuk gred yang lebih cantik. Tapi apa pun sem depan harus capai target ! ok saja untuk hari ini sambung esok kalau mood update mencurah curah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Diyan
Gembiraa | |
February 1, 2013 ★ Friday, February 01, 2013 │
Salam.Result saya cemerlang gemilang terbilang. Try harder next time :)
RAYA
September 3, 2012 ★ Monday, September 03, 2012 │
Selamat hari raya . So harini , today nak publish baju2 raya dan hari2 raya DA
Raya pertama DA in red
Raya kedua
Raya seterusnya laaah (takboleh nak ingat mengikut kronologi laa pulak --')
 |
| Gambar raya ke 4 , kot hehh |
Raya ke7 time buat makan makan di rumah DA
Yang ni hari sabtu yang lepas beraya di rumah k own bibi,Tuan rumah berbaju putih - doc to be , insyaAllah
Sebenarnya ada lagi DA beraya kelmarin (Ahad)di rumah sahabarku yang dekat di mata dekat di hati Zafirah tapi xsnap lah pulok gambar sebab sebab tak pakai baju raya hehhehhhh
p/s : masih lagi dalam bulan syawal , Selamat Hari rayooo semuaaa ok byepp
PRAYFORMAMA
August 14, 2012 ★ Tuesday, August 14, 2012 │
Assalamualaikum dan selamat pagi
Setiap orang mesti sayang gila gila dekat mama/mak/ibu/ummi hampa kan? same goes to me. My mama is my priority than anyone else after Allah dan Prophet Muhammad .
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya , aku bertanya Rasulullah SAW
'Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?'
Rasulullah menjawab 'Ibumu',
kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab 'Ibumu'
kemudian aku bertanya lagi siapa? 'Ibumu'
kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab 'Bapamu' kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya-Hadith riwayat bukhari dan muslim-
Nampak tak pengulangan ibumu kepada orang yang patut kita berbuat baik disebut dan diulang sebanyak tiga kali. Nampak tak kepentingan berbuat baik terhadap ibu merupakan antara yang terpenting.
So , pagi ni mama DA ada pembedahan mata untuk membuang/membasmi selaput yang semakin hari semakin menutupi cornea matanya :/ Alhamdulillah last last mama dapat jugak buang selaput tak lama lepas check kesihatan minggu lepas. Nampak tak pengurusan yang cekap lagi efisyen pihak hospital Alor Star .Tak melengahkan pembedahan mata mama DA :)
Mungkin dugaan untuk mama sebab pembedahan dilakukan pada bulan puasa, mula mama macam nak tak nak mau tak mau ja tapi lepas pikiaq panjang kenapa nk tangguh pulak? kalau tangguh mungkin lagi lambat nak dapat operation lepas ni. Kebetulan saya dengan Micheal Angggg' gaya sengau Randy Panggalila dalam propaganza,HEHH #EHh kebetulan DA tengah cuti sem mungkin boleh tolong sikit buat kerja rumah , sikit jaaa? -..-
Mama , hopefully the operation went smoothly #OhMyEnglish
Me pray for you. Berkat bulan ramadhan kan mama , insyaAllah mama dapat p terawih macam biasa naaah jangan risau :')
Aminn ya raaabbaal aaalaaaminnnnnnnn . . .
/ / MANA USAHA KITA / /
August 13, 2012 ★ Monday, August 13, 2012 │
Assalamualaikum
Tak sangka dah lama tak menghapdate blog #EH
Since bulan ramadhan masa banyak dihabiskan untuk perkara perkara lain plus nak menaip di blog kena ada 'feel' . Mencari lailatul qadr? mampukah? insyaAllah mampu tak mampu semua tu mind-set semata mata. Yang penting rajin okay rajin. Sebab tu Allah tak cakap malam lailatul qadr berapa hb sebab nak suruh kita kita ni merajinkan diri carik sendiri
Rasulullah bersabda 'Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadr penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun dosanya yang lalu'
DA ada baca dekat twitter some said semalam lailatulqadr.(Pagi Ahad) wallah hua'lamm. DA tak kisah bila pun tapi yang pasti DA bangun berqiyamullail :) Untuk yang jarang jarang jarang bangun solat malam this is the right time hampa nak bangun instead of online sampai ke pagi . Senang ja tidoq sat then bangun , fyi waktu afdhal untuk qiyam dalam pukul 3 pagi macam tu , tetapi DA bangun lewat sikit pukul 4 -..- Tapi harus diingat kena solat yang wajib dulu isya' then tidor sebab kalau nak bangun qiyam kena solat isya'-> tidoq -> bangun balik #CorrectMeIfImWrong
Macam mana nak cari lailatul qadr? Logic thinking DA pun tak tahu bila masa Lailatulqadr yang pasti ianya berlaku pada malam malam sepuluh terakhir Ramadhan dan kita dapat tahu based on sings yang Allah tunjuk. Since sekarang pun dah masuk ke fasa fasa akhir ramadhan so rebut lah peluang yang ada . Bangun buat solat malam, tak rugi pun moga moga hajat kita selama ni diangakat Allah . Mudah mudahan,amin
Disebabkan DA post berkaitan lailatulqadr maka DA telah merajinkan diri sendiri membaca artikel artikel tentang tanda tanda malam lailatulqadr based on hadith
1. Abi Ibnu Ka'ab
telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul
qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak
begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah
diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya :
Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah
padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas,
tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya
tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti
bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari
itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin
As-Somit -
3. Dalam Mu'jam
At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W
telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak
panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar
bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya
padanya(suram).
4. Telah meriwayat
Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah
bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula
sejuk.
Rajin rajinkan diri anda cari malam lailatulqadr naaahh .
Nak something perlu effort
Peluang tak datang kalau tak dicari
Wsalam Selamat Mencari Lailatulqadr #PesanKatDiriSendiriJugak
// 21th //
July 23, 2012 ★ Monday, July 23, 2012 │
Happy birthday to you happy birthday to you happy birthday happy birthday happy birthday to MEEE #ehh
Firstly thanks to this greatest mama for bringing me here, Puan Norrizan bt Abd Wahab
Secondly for the abah and without you both how can i exist in this world?hehhh
Ehemm ehemm , alhamdulillah alhamdulillah sempat lagi merasa ulang tahun kelahiran yang ke dua-puluh-satu yang terbaik tahun ni birthday dalam bulan ramadhan, third ramadhan.
Dan tak lupa thanks kepada semua ingatan tulus ikhlas dari kawan kawan yang sent msg kat phone , dekat fb takbanyak yang hantar sebab DA tak publish my Birthday there . Just to know berapa ramai yang ingat dan tahu when is my birthday. That' it.
Mesej mesej di atas merupakan mesej dari Izzah , Ira , Nana , Suai , Afif ,Fikri , Aliff , Wan Azizi , Anis Fariha, Baby Aini , Hani , Mardhi, Dayang , Wadah , Liyana and some from unkwon which is DA taktahu number siapa --' (bukantaktahumaybesebabdalamphonetaksavenum) * 1 mesej dari Izzati Adli dan syazwan yang tak di snap sorry
Dan bagi yang tak ter-display kat sini , which is from HANISAH dan AKMAL , aku merajuk :P
Thanks for all . Again Happy birthday to Me dan selamat menyambut bulan ramadhan semua :DDD
Kepada yang membaca tolong aminkan doadoa positive dari semua sayang sayang DA :D
// Terawih 1 (2012) //
July 21, 2012 ★ Saturday, July 21, 2012 │
Assalamualaikum dan salam ramadhan
Alhamdulillah usia masih panjang untuk meikmati ramadhan kareem yang ke 21 #ehhhhhhh
Take note 3 Ramadhan adalah birthday DA yang ke ke dua-puluh-satu , tak kisah muka awet muda , apa sangat dengan number ;)
Bercakap tentang Ramadhan , lagu yang sekian kali DA dok dengaq dengaq dari dulu dan jugak merupakan lagu feberet , *Harapan Ramadhan by Raihan and Mambai*
Lirik yang bagus untuk dihayati , please please jangan tengok sangat muka Mambai tengok lirik lagu dia meeeehh .Sedap dan mendayu boleh dikatakan lagu evergreen bila time bulan puasaa , takcaya? sudehhh -..-
Bercakap tentang Ramadhan jugak , suddenly i miss my friend , Nur Awatif .Dulu DA selalu p solat terawih dengan dia dari kecek kecek time semayang pun selang seli sampai la tingkatan tingkatan , tapi sebab masing masing stay di sekolah berasRAMA jadi masa untuk lepak lepak macam dulu kala pun semakin berkurang . Tak silap jumpak dan p solat terawih pun time balik rumah hujung minggu . Teringat zaman kanak kanak dulu , boleh jugak la nak dikaitkan dengan seorang budak perempuan yang berada di saf depan bersama DA semalam. Kagum di usia yang muda dah ada semangat nak berterawih , yang mengagumkan bila duduk di saf depan , nampak kesungguhan di situ .
Bercakap tentang saf depan , #ok maafkan DA penggunaan bercakap tentang bercakap tentang yang berulang ulang. *Rasa teruja pulak dengan perkataan ni, HEHEHEHEHEHE
Banyak kebaikkan bila berada di saf depan ni , DA just nak bagi reasons reasons yang logic thinking kenapa best/kebaikkan ada di saf depan :DD
1) Motivasi diri nak habiskan 23 rakaat solat terawih including vitir #witir??
2) Semangat feeling tu lain sebab yang berada di depan orang selalu tengok , #bukan Riak ok? Bagi DA , tingkah laku lebih terkawal dan terjaga , tak dak la nak memain bergelak ketawa tak kira masa? #ehh paham dak ni? --'
3)Malu . Kalau berada kat saf depan perasaan nak lap solat terawih , nak melengah lengahkan dari bangun setiap dua rakaat tu berkurang siket. Compare kalau di belakang mesti mengulat time nak abih fatihah baru bangunn --'
4)Kan berada di saf hadapan tu AFDHAL
Actually banyak dalam kepala tentang logic thinking kenapa best berada di saf hadapan , cuba guna logic thinking kalian semua? #BMA1 duluu , heehhh
Bercakap tentang budak perempuan tadi , yang dah di mention di atas ada satu perkara yang agak melucukan #ehh biasala budak budak , Dan bila DA cakap tentang ni , nampak sangat kekusyukan DA terganggu ohh yes betul terganggu . Budak budak kurang ok kot di saf paling hadapan? err pendapat DA laaahhh C:
Budak perempuan semalam tu sangat bagus , duduk di saf hadapan solat full tapi yang lawaknya dia lengah lengah time nak bangun selepas dua rakaat , lenguh barangkali , heehh yang tu takpa lagi , yang p tarik sejadah makcik sebelah tu kenapa??? T,T abih renyuk renyuk sejadah orangtua tuu , hehh Dan lagi satu , bila budak ni bangun untuk rakaat kedua dia punyaaa lahh lamaa nak qiamm tertonggek tonggek punggung tuu --' DA yang sebelah ni kalau tak nampak saja laaahhh kan? T.T kusyuk saya dalam solat agak terganggu
Itu kisah budak perempuan , ini masuk pulak kisah makcik makcik?#ehh maybe one makcik ja kot . Durian ohhh durian bukan buah feberet DA , takmakan dan kureng selesa dengan bau-nyaa . Mungkin the makcik makan durian kot semalam before terawih dia punya bauuu perghhh mencengkamm keluar angin barangkali --' bukan sekali , bukan dua kali , tapi agak berkali kali bau tuuuu :/ Oh yes itu juga menggugat kekusyukkan DA , HEHEHE
Tapi Alhamdulillah regardless semua yang jadi semalamm , selesai jugak solat terawih yang pertama. InsyaAllah jika mampu , nak grab the chances :DD bukan selalu bukan tiap bulann, bulan ramadhan . Once in a year :DD
''Ibn Mas'ud berkata : Perkara yang paling sedih bila tahun baru adalah umurku bertambah tapi amalanku tidak bertambah...'
 |
| HEHEHHEHEHE |
Renung renungkan dan salam ramadhan buat semua umat Islam
/ / iloveyoulillahh / / ( Part 2)
July 15, 2012 ★ Sunday, July 15, 2012 │
Assalamualaikum dan selamat malam .
Meet me , DA di blog ini sekali lagi , seperti yang dijanjikan di post yang lepas ENTRY story tentangg si Eiza stay di rumah DA minggu lepas isnin hingga khamis
So lets start story
Second day ( selasa )
Disebabkan malam hari isnen tu kami banyak main jadi bangun pun tak berapa nak awal sangat tapi alhamdulillah subuh sempat solat weyhh, hehh
Lepas mandi mandi dalam jam 10 pagi lebih kami bersiap nak gerak ke Jitra si Eiza nak amik sijil SPM yang dah berkurun lamanyaa di Mrsm , Kubang Pasu .Sekali lagi masalah DA taktaw jalan nak p Jitra so Eiza suggest ikut jalan highwayy and she paid for it. Kurang sejam kami sampai Mrsm dan si Eiza sangatlah excited sampai semua cikgu yang dia jumpa semua dia nak tegor --' katanya lama x datang rinduuu , dah tu ada pulak sekali tu terjumpak cikgu math dia mentang dapat A dan dan tunjuk slip result spm , nk menunjuk lettew hahaa
Tapi sayang even dekat sejam kami stay Mrsm tapi cikgu yang paling Eiza rapat kami taksempat jumpaa sebab masa tu cikgu tu ada class . Dua kali p ulang alik masuk bilik guru femes sat . Time tuu , bebudak f5 tengah ada mockInterview masing masing pakai baju kurung dan bebudak laki pakai kemeja T smart youuu .
Seperti biasa , bila kuaq ngan kawan kawan mesti DA amik kesempatan melencong kat tempat laaainn. Disebabkan Jitra adalah tempat di Kedah yang jarang jarang DA p so amik kesempatan lagi sekali jalan jalan kat Jitra Mall aicehhh takdak pa sangat kat sana sama ja macam AS Mall --' tapi the best part is ada kerusi urut and Eiza goda DA naik kerusi urut taksilap dalam sepuluh-limabelas min is equal to RM1 , DA try dua kali kerusi urut tu hehh
 |
Senyum girang semasa mengurut :P
|
Then lepas lepak lepak di Jitra Mall yang bosan itu , kami gerak ke Secret Recipe DA mengidam noodle tomyam kungg while Eiza order spageti blognese dan cake yang sedapp ituuu apatah nama lupaa --'
 |
Cake yang lupa nama --'
|
Tapi sayangnya gambar lain taksempat nak snap sebab terlalu kebulur-an dan dengan rakusnya DA makan noodle tu hehhh siap bunyi 'cengceng' lagi sudu garfu kena kat mangkuk --' Alhamdulillah impian Eiza dan DA nak makan di SR tercapai :DD
Third day ( Rabu)
Ok hari ketiga Eiza di rumah suppose to kena hantaq dia balik dah dekat shahab tuu , nak dijadikan ceritaa Eiza bangun lambat dan dia tangguh nak balik keesokkan harinya , Khamis. Takut xda orang nak fetch dia nanti bahaya pulak kan , atas dasar keselamatan eiza extend lagi sehari dan well DA happy ja sebab lama sikit dia stay kat rumaahh :P
Petang tu mama ajak pegi Tesco lama kat dengan shahab shop barang barang rumah sebab ramadhan dah dekat so kena prepare la barang barang dapur bagi complete! Kalau nak shop time puasa memang letihh la nanti :)
 |
| The beautiful MAMA |
 |
| Eiza dan naufal |
Sebelum balik rumah, sekali lagi pekena Big Apple sebab si Naufal copycat ni suka meniru kesukaan DA , hehhh
 |
| jum makannnn :D |
Keesokkan harinya DA dan mama hantar Eiza kat Shahab :'( bye Eiza jumpa lagi kalau berjodoh :D with love Diyana amalina
till then , assalamualaikum
/ / iloveyoulillah / /
★ Sunday, July 15, 2012 │
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.
Meet by BFF , norrizah bt ibrahim
 |
| Dia is using my tudung :P |
Kawan yangbaik kekadang kenai sat ja pon dah boleh ngam , kawan yang paham apa yang kita rasa taw baikburuk perangai kawan masing masing dan paling penting kawan yang loyal dan takpernah tinggalkan DA walau apa keadaan sekalipun . this is izzah , even kenai tak lama berbanding nur awatif or noor hanisah mustaffa dan lain2 bestfriend yang tak mention kat sini tapi cepat sangat kami serasi :') tenkiu so much norrizah ibrahim She is my PLKN' friend dekat PLKN Rimba Taqwa kami dua satu kompeni Alpha dorm pon dekat dekat dan banyak lepak sekali sebab sekepala , she is nice very nice and understanding plus beautiful pakej la my bff ni :D
The best part is dia suka mai umah DA Penang dan Kedah pun tak jauh mana. Memula sekali dia bertandang time abang kahwin bulan enam tahun lepas , series best sebab lepas Plkn kami takpenah jumpa . Luckily dia add DA kat fb then cinta kami bertaut kembali dan semakin rapat daripada biasa
Bukan tu ja , si Eiza ni sangat2 peramah dan mudah mesra dengan my family she even call my mama 'mama' jugak hehehe dah macam keluarga sendiri dah minah ni dengan DA . last week dia mai rumah dan tido sini. Jadi lepaslah rindu DA dekat Eiza , almost a week dia stay di rumah DA isnin hingga Khamis itu pun sebab DA ada program di Agama Yan petang khamis kalau dak mesti si Eiza ni laajaaak laagi stay sini , hihihi i promised her nak update tentang pengembaraan kami berdua di rumah aicehh gagahh , so DA akan story dari first hingga hari Khamis, the last day she stay with me huu
First Day ( Isnin )
Malam hari ahad Eiza ada mesej DA tentang nak pinjam baju pakai di rumah then i dint expect yang dia nak datang keesokkan harinya sebab DA ingat Eiza nak datang minggu depan that is esok 16hb July . Jadi DA cakap ok ja tapi sebab DA limited seluar DA caakap 'kena pakai kaen batek laa dalam rumah nanti ,seluaq dyan takbanyak' then lepas mesej tu DA terlelap alah biasa tidoq awal.
Pagi tu , hari isnin dalam tengahari sikit Eiza mesej cakap dya nak datang hari ni . Ok agak tekejut sebab ingat minggu depan . Bukan taksuka tapi dalam rumah dah ada kawan adik , lelaki pulak tu bilik kat umah ni bukan banyak pun. So DA pikiaq2 kat mana nak letak Eiza nanti ni?HAHA And alhamdulilah Allah seakan akan paham keadaan dan kesempitan tetiba adik dan kawan dia nak balik Perlis jugak pada malam tu , so sekali lagi DA save lega rasa sebab geng lelaki bukan muhrim dah takda. Even DA pun takselesa kawan adik lelaki tido dalam rumah sebab kena pakai tudung even nak lepak lepak kat ruang tamu. Kan kurengg best macam tuu -..-
Dalam tengahari macam tu Eiza sampai Kedah lebih kurang 1 tengahari macam tu , dan disebabkan kekangan yang dihadapi DA kena amik adik sekolah pukul 1.15 dulu , then tunggu punya tunggu si Naufal tak keluar keluar dah 135 still dekat sekolah then si Naufal datang kat keta bagitaw 'Adik balik pukul 215' --' terimakasih la adik bagitaw sobsob
So nak dijadikan cerita si Eiza mesti dah berkurun tunggu kat Shahab Perdana tu nak jadi cerita DA pulak taktaw sangat jalan nak p sana , so taking time lagi bawak slow2 sambil tengok signboard , malu mengaku budak aloq staq --' Dalam 20 min lepas tu DA sampai Shahab Perdana Eiza dah siap tunggu tepi Radix Fried Chicken. Disebabkan DA bukan la senang nak keluaq lepak lepak dengan kawan DA pun amik kesempatan singgah Tesco makan Big Apple bersama Eiza ku sayanggg
 |
| Nasihat penaja : minuman di atas ni taksedap langsung sangat pahit --' |
Petang tu DA bawak Eiza singgah 'Pantai' yang tak berapa pantai di Kuala Salaaa sebab dulu ada janji time pertama kali Eiza datang rumah nak bawak dia melawat 'pantai' yang takberapa indah tuu , heehhh
Gambar yang menunjukkan keberadaan kami di 'pantai' yang tak berapa nak indah tu takleh share disebabkan ketidak-proper-an buat tayangan umum , hehhh
Lepas lepak lepak pantai kami puun singgah sawah berhampiran disebabkan Eiza ni nak tengok sawah orang P-nang katakan --'
okay this is story for the first day Eiza kat rumah DA . to be continued . Nak kuaq jenjalan sat hari nih besday my lil brother Naufal yang ke 12 tahunggg
 |
| sedap kan Kfc kelamrin? flaming crunch :') |
byep ,
OLDER POST | NEWER POST